Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kenapa DAP Perlu Salahkan GPS – Kelab Penyokong GPS

KUCHING, 20 Ogos: Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang seolah-olah menyalahkan GPS kerana tidak memilih calon Perdana Menteri dari Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Kelab Penyokong GPS berkata, Chong telah mendakwa GPS lebih memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbanding mantan ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang boleh mewakili Malaysia Timur sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Kelab Penyokong GPS turut mempersoalkan apakah kedudukan DAP Sarawak untuk menyokong Shafie memandangkan Ahli Parlimen Semporna itu telah menarik diri kerana memberi laluan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi orang ramai, siapa yang DAP, PKR dan Amanah serta sekutu Pakatan Harapan (PH) lain sokong untuk calon Perdana Menteri? Adakah Shafie Apdal?

“Jika demikian, kenapa selama ini Anwar menjadi satu-satunya calon Perdana Menteri PH? Bukankah keputusan PH adalah untuk mencalonkan Anwar dan tidak pernah (mencalonkan) Shafie?” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kata Kelab Penyokong GPS lagi, tindakan Chong dan DAP menyalahkan GPS sebenarnya adalah atas kegagalan dan pertikaian mereka sendiri dalam PH.

“Pakatan harapan sendiri tidak konsisten dengan pilihan pemimpin yang mereka mahu untuk dijadikan perdana menteri baharu,” jelasnya.

Terdahulu, Chong mendakwa GPS telah mengecewakan rakyat Sarawak kerana menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Ia secara langsung melepaskan peluang wakil dari Sabah atau Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri buat kali pertama dalam sejarah negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan