Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Guardians of The Shore, Tembawai Kanyuk dan Ram Ram Rep antara kandungan Sarawak yang ditayangkan di Viu.

Kandungan terbaik Sarawak daripada TVS kini ditayangkan di VIU

ByConnie Grace

Viu, sebuah platform OTT terkemuka di rantau ini, telah memperoleh 42 judul daripada TVS (TV Sarawak), menjadikan kandungan Sarawak tersedia secara kolektif buat pertama kalinya untuk pelanggan Viu.

Dengan perjanjian yang direalisasikan oleh MyContent Distribution (MCD) ini, program-program pilihan dari Sarawak kini dapat dinikmati oleh lebih ramai penonton.

MCD memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan perjanjian ini, membuka peluang untuk pendedahan yang lebih luas.

Perolehan ini juga membuka jalan bagi penciptaan kategori khas Sarawak di platform tersebut, membolehkan penonton menikmati warisan budaya dan seni Sarawak.

Perjanjian pelesenan ini adalah untuk tempoh satu tahun dan penonton boleh menonton rancangan kegemaran mereka dari TVS di bawah kategori ‘Khas Dari Sarawak Bumi Kenyalang’ di Viu.

Pengarah Urusan MyContent Distribution, Lyn Nasihin berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Viu dan TVS untuk mempersembahkan kisah-kisah hebat dari Sarawak.

“Kepelbagaian kandungan unik yang kini terdapat di Viu menonjolkan bakat dan kreativiti luar biasa dari rantau ini, dan kami teruja melihat program-program ini menerima pengiktirafan yang sewajarnya. Kerjasama ini menetapkan penanda aras baharu dalam pengedaran kandungan serantau,” katanya.

Usaha ini menawarkan pelbagai program, termasuk dokumentari yang memenangi anugerah seperti Guardians of the Shore serta siri tempatan popular seperti Ram Ram Rep dan sitkom dalam bahasa Iban, Tembawai Kanyuk. Kisah-kisah menarik ini kini boleh dinikmati oleh penonton yang tidak berkesempatan menontonnya sebelum ini.

Salah satu tajuk utama, Guardians of the Shore, arahan Mark Nyambang, mengetengahkan usaha perintis Sarawak dalam pemuliharaan marin, terutamanya pembinaan penghalang terumbu tiruan terpanjang di dunia.

Dokumentari ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, menerima Anugerah Gangsa di ContentAsia Awards 2024 dan Anugerah Khas Merit di Kuala Lumpur International Eco Film Festival 2023.

Satu lagi siri kegemaran penonton, Ram Ram Rep, arahan Josh Nawan, adalah drama psikologi yang penuh dengan jalan cerita mendalam dan persembahan mantap. Begitu juga, Tembawai Kanyuk, sitkom pertama dalam bahasa Iban, telah menarik perhatian ramai dengan pandangan lucu tentang kehidupan di rumah panjang Sarawak, menekankan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian.

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang berkata, kerjasama dengan Viu ini adalah detik penting bagi industri kreatif Sarawak.

“Buat pertama kali, rancangan tempatan kini duduk sebaris dengan kandungan terbaik yang ada, memberikan penonton perspektif baru tentang suara dan budaya yang pelbagai dari rantau ini.

“Ini adalah peluang unik untuk membuat penonton merasa lebih dekat dan terhubung dengan kisah dan budaya Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan