Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin.Foto Jazni Hanif (TVS)

Penyasaran subsidi RON95 perlu menyeluruh

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95.

Willie berkata, kerajaan mengambil langkah tepat dengan mengekalkan subsidi untuk golongan memerlukan iaitu sebanyak 85 peratus daripada rakyat Malaysia.

Menurutnya, penarikan subsidi untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) mungkin tidak adil kerana mereka memerlukan bantuan bagi mengurangkan beban kewangan.

“Sebenarnya penarikan subsidi Petrol RON95 ini adalah penarikan bersasar dan diperjelaskan di Parlimen bahawa 85 peratus subsidi itu masih dikekalkan.

“Saya bersetuju kalau yang kaya, yang berkemampuan, kita menarik subsidi daripada mereka. Ini adil,” kata Willie ketika ditemui TVS di Parlimen Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Willie mencadangkan subsidi petrol diberikan secara bersasar sama ada dalam bentuk tunai terus atau baucar kepada pengguna kenderaan yang layak khususnya golongan B40 dan M40 kerana langkah terbabit boleh mengelak pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak tanpa disalahgunakan pihak tertentu.

Bagi konteks Sarawak dan Sabah pula, beliau menggesa kerajaan memberi kelonggaran kepada rakyat yang layak jika pelaksanaan pemberian subsidi itu melalui kad pengenalan agar mereka tidak terpinggir daripada bantuan kerajaan.

“Mungkin setakat ini saya rasa belum ada satu formula ataupun strategi yang benar-benar berkesan untuk mereka melaksanakan pelaksanaan subsidi ini kerana sebagaimana di Sabah dan Sarawak, mungkin ada golongan yang tidak mempunyai kad pengenalan dan sebagainya dan mereka ini dinafikan untuk mendapat subsidi dan sebagainya,” ujarnya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 dengan harapan penjimatan daripada langkah ini dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dan dianggarkan sebanyak RM12 bilion akan terus disalurkan sebagai subsidi untuk memenuhi keperluan 85 peratus rakyat Malaysia.

Melalui cadangan itu, Willie berharap kerajaan dapat memperbaiki sistem penyampaian subsidi agar lebih berkesan sekali gus mengurangkan bebanan ekonomi rakyat yang memerlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan