Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata Centexs Commercial merancang untuk mengadakan minggu fesyen bertaraf antarabangsa. Foto TVS

Centexs Commercial mahu lonjak industri fesyen Sarawak

KUCHING, 24 Okt: Centexs Commercial merancang untuk mengadakan minggu fesyen bertaraf antarabangsa sebagai langkah untuk mempromosikan rekaan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Shahren Mohamad Yusri, percaya bahawa kolaborasi antara pereka fesyen antarabangsa dan tempatan akan memberikan dorongan besar kepada industri fesyen di wilayah tersebut.

Menurutnya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada perancangan masa depan Centexs Commercial untuk mengangkat industri kreatif tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

“Antara aktiviti yang dilakukan dengan mempromosikan produk temptan, jenama dan komersial yakni kami turut merangka untuk mempromosi fesyen tempatan dengan menganjurkan Fashion Week.

“Walaupun masih dalam perancangan, kita akan membawa pereka dari luar untuk datang ke Centexs bertujuan untuk membantu pereka tempatan kita, mungkin ada program ceramah atau seminar supaya dapat berkembang, ini merupakan perancangan terdekat,” katanya.

Shahren berkata demikian ketika ditemui media di Jumaani Pavilion di sini, hari ini.

Melalui acara ini, ia diharap dapat membuka peluang bagi pengembangan bakat tempatan, memberikan platform kepada pereka muda serta meningkatkan visibiliti produk fesyen Sarawak di persada global.

Keseluruhan usaha ini kata Shahren bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan industri kreatif di kawasan tersebut dan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.

Mengulas mengenai acara minggu fesyen itu, beliau menyatakan bahawa pihaknya mengambil langkah proaktif untuk menjalin kerjasama dengan selebriti tempatan.

Kerjasama ini bertujuan untuk mempromosikan produk tempatan Sarawak dengan lebih meluas.

“Dengan penglibatan selebriti, diharapkan dapat menarik perhatian orang ramai dan meningkatkan daya tarikan produk fesyen tempatan.

“Langkah ini juga diharapkan dapat memberi platform kepada pereka tempatan untuk bekerjasama dengan figura terkenal, sekaligus memperkukuhkan identiti budaya Sarawak dalam industri fesyen,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan