Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang DUN Sarawak 2022
Terdapat 107 pemilih luar negara untuk PRU-15 bagi kerusi Parlimen Sarawak

PM9: Kepentingan Sarawak harus diutamakan

ByFebbright James

KUCHING: Kepentingan Sarawak perlu terus dijadikan sebagai keutamaan, tanpa mengira siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Demikian pandangan Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.

Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi

“Dalam konteks ini, sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, mahu tidak mahu, kepentingan Sarawak yang mempunyai 18 kerusi sangat besar dalam menentukan kedudukan sesebuah kerajaan.

“Maka apa-apa soal hak, kepentingan, keperluan mahupun tuntutan, kabinet akan memastikan segalanya dapat disantuni dengan mengambil kira kepentingan rayat Sarawak dan kepentingan Nasional,” katanya ketika ditemubual pemberita TVS hari ini.

Dalam pada itu, Dr Awang Azman turut menegaskan, calon yang dipilih untuk menyertai barisan kabinet juga mestilah dalam kalangan mereka yang mengutamakan kepentingan rakyat dan boleh menangani isu pandemik COVID-19.

“Calon kabinet yang dipilih itu mestilah calon yang menggambarkan kabinet yang sebenar iaitu kabinet yang boleh bekerja, mengutamakan rakyat , bijak dalam menentukan hala tuju ekonomi serta boleh menangani isu COVID-19 dengan baik,” ujarnya.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas dari sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Pada Khamis, seramai 114 ahli parlimen daripada beberapa parti dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengesahkan akuan bersumpah (SD) mereka terhadap calon Perdana Menteri.

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan