Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ts. Mazli Mustaffa ditemui pemberita pada program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Kampung Plaie, Kota Samarahan pada Khamis

Laluan Biru ART bakal lancarkan segmen logistik SUKAN SEA

KOTA SAMARAHAN, 24 Oktober: Kerja pembinaan laluan khas Fasa Satu Transit Aliran Autonomi (ART) Laluan Biru Kota Samarahan bernilai RM568.61 juta giat dijalankan dan dijangka akan mula beroperasi pada suku keempat tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro), Ts. Mazli Mustaffa berkata, pihaknya akan memastikan kerja-kerja pembinaan laluan serta struktur fizikal akan siap dalam jangka yang dipersetujui agar rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan pengangkutan serta logistik yang efisien.

Beliau juga optimis projek ART ini kelak akan dapat melancarkan segmen logistik dan perhubungan bagi menjayakan program-program berskala besar di negeri ini, termasuklah penganjuran Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang diuar-uarkan bakal berlangsung di Sarawak pada 2027 kelak.

“Kami akan patuhi dan juga menyokong apa jua keputusan kerajaan negeri Sarawak dan jika kita menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA 2027 kelak, kami akan melaksanakan serta menyokong apa jua keputusan yang ditentukan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Kampung Plaie, Kota Samarahan pada Khamis.

Menurutnya, Laluan Biru sepanjang 27.6 kilometer itu kelak, akan memudahkan para pengguna untuk ke bandaraya Kuching kerana ia akan menghubungkan terus Depo Rembus ke Hikmah Exchange.

Ini katanya lagi akan memudahkan pengguna ART, kerana mereka tidak perlu risau memikirkan tentang permasalah kesesakan lalu lintas, selain menjimatkan kos dari segi pengangkutan.

Depo Rembus akan turut menempatkan perkhidmatan bas hidrogen dan pelan pengeluaran hidrogren SEDC Energy Sdn. Bhd., selain kemudahan mengisi bahan api hidrogen, landasan ujian, loji cuci automatik, bengkel mekanikal dan infrastruktur, dan bangunan pentadbiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan