Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena 'Emart Mom & Kids Fair’, pasar raya Emart menawarkan diskaun dan hadiah menarik kepada orang ramai bermula 24 Oktober hingga 6 November 2024.

Emart Mom & Kids Fair tawar diskaun dan hadiah menarik

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Okt: Sempena ‘Emart Mom & Kids Fair’, pasar raya Emart menawarkan diskaun dan hadiah menarik kepada orang ramai bermula 24 Oktober hingga 6 November 2024 di semua cawangannya di Kuching, Miri, Bintulu dan Sabah.

Emart menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya bakal menawarkan diskaun eksklusif dan baucar percuma yang semestinya bakal menanti pengunjung dan ahli Emart.

“Pameran ini bukan sahaja menawarkan tawaran hebat, tetapi juga pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga serta menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menarik kepada ahli Emart.

“Pembeli boleh menikmati diskaun eksklusif dan mendapatkan baucar percuma RM5 dengan pembelian RM200 atau lebih untuk barangan terpilih. Dengan hanya membeli produk di Mom & Kids Fair bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit, ahli berpeluang memenangi hadiah berdasarkan tema dan syarat yang dikenakan pihaknya,” menurut kenyataan itu.

Dengan lebih daripada 35 jenama popular yang menyertai pameran, ibu bapa turut berpeluang membeli pelbagai keperluan bayi termasuk susu tepung, lampin, aksesori, kelengkapan mandi dan mainan.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi suasana, Emart turut mengadakan aktiviti mesra kanak-kanak di pelbagai cawangan seperti aktiviti penampilan badut dan pemberian belon serta persembahan maskot untuk memastikan hujung minggu bersama keluarga menjadi meriah.

Cawangan yang mengambil bahagian termasuk di Emart Riam, Tudan, Lintas Jaya, King’s Centre, Moyan, Sejingkat, Summer Mall, Tabuan Jaya, Batu Kawa dan Matang.

Salah satu acara tumpuan iaitu pertandingan foto ‘My Little Angel’ yakni ibu bapa digalakkan untuk menangkap gambar kreatif anak-anak mereka (berusia 36 bulan dan ke bawah) dengan mana-mana produk ‘Mom & Kids Fair’ yang telah dibeli.

Kemudian, peserta perlu muat naik gambar tersebut melalui Messenger Facebook Emart Malaysia untuk berpeluang memenangi baucar Emart.

Pemenang gambar paling kreatif akan menerima baucar Emart bernilai RM60 setiap seorang, manakala anugerah paling popular akan membawa pulang baucar bernilai RM50.

Tidak ketinggalan, persembahan maskot turut diadakan di Emart Batu Kawa pada 2.00 petang hingga 4.00 petang setiap hari pada 26 Oktober dan 2 November.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook Emart Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan