Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas penduduk kampung berjaya memadamkan sebuah rumah daripada musnah terbakar di Kampung Bakam, Miri, malam tadi. Foto JBPM

Penduduk padam kebakaran rumah di Kampung Bakam

MIRI, 24 Okt: Tindakan pantas penduduk kampung berjaya memadamkan kebakaran sebuah rumah daripada musnah kesemuanya di Kampung Bakam di sini, malam tadi.

Komander operasi bomba, Robinson Anyie Danyin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.38 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal setingkat telah terbakar dalam 70 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadam oleh penduduk kampung menggunakan air paip sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak memadam sisa-sisa api bagi memastikan tiada lagi punca api dan api benar-benar padam sepenuhnya.

“Kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

“Punca dan taksiran kerugian yang dialami akibat kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan