Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai polis Turki mengawal sebahagian jalan utama menuju ke bangunan Turkish Aerospace Industries (TAI), selepas letupan besar di ibu pejabat ini, di Kahramankazan. Foto AFP

Malaysia kecam serangan pengganas ke atas Tai, sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas

ByBernama

PUTRAJAYA, 24 Okt: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan pada Rabu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan.

“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Turkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh,” menurut kenyataan itu.

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau dengan teliti perkembangan itu.

“Semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihatkan untuk kekal tenang, waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara melalui +(90) 312 44635 47/48 semasa waktu pejabat atau +(90) 507 8128406 selepas waktu pejabat.

Mereka juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di +(90) 212 98910 01/09 semasa waktu pejabat atau +(90) 531 7160551 selepas waktu pejabat.

Sebagai alternatif, pertanyaan boleh dihantar melalui e-mel kepada mwankara@kln.gov.my untuk Kedutaan Malaysia di Ankara atau mwistanbul@kln.gov.my untuk Konsulat Jeneral di Istanbul.

Menurut laporan Agensi Anadolu, dua pengganas yang menyerang kemudahan TAI “ditewaskan” manakala lima orang terbunuh dan 22 cedera, kata seorang pegawai tertinggi tempatan pada petang Rabu.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan pengganas itu, dengan berkata: “Saya mengutuk serangan keji ini ke atas kemudahan The Turkish Aerospace Industries.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan