Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin – JKJAV

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,806,570 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan semalam dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan