Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merasmikan Borneo International Water & Waste Water Exhibition & Conference (BIWWEC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Rabu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tuan rumah Kongres Air dan Pameran Dunia 2028

KUCHING, 23 Okt: Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kongres Air dan Pameran Dunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2028 membuktikan komitmen negeri ini dalam pengurusan air diiktiraf dunia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia merupakan detik bersejarah kepada wilayah ini apabila diberi penghormatan menganjurkan acara berprestij itu.

Kongres berkenaan bakal mengumpulkan pengamal dan pakar global dari industri air, sekali gus menyediakan platform untuk meneroka trend dan teknologi terkini.

“Ini merupakan detik bermakna untuk Sarawak, bukan sahaja kita boleh bertemu dengan pemain industri global, bahkan kita dapat mempelajari trend terkini dan teknologi baharu,” katanya.

Pencapaian itu kata Abang Johari menunjukkan kepentingan Sarawak yang semakin berkembang dalam sektor air serta komitmennya menangani cabaran air global.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, bersama dengan Persatuan Air Malaysia (MWA) dan Business Events Sarawak (BESarawak) yang telah berusaha keras membawa acara besar itu ke Bumi Kenyalang.

Kongres itu memainkan peranan penting bagi wilayah ini dalam mendorong pertukaran pengetahuan dan idea, di samping menjalin kolaborasi dalam kalangan profesional air antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Borneo International Water and Waste Water Exhibition and Conference (BIWWEC) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

BIWWEC 2024 yang membuka tirai secara rasmi hari ini mengumpulkan pemimpin global, pakar industri, dan inovator untuk membincangkan cabaran kritikal dalam pengurusan air dan air sisa.

Berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober ini, BIWWEC 2024 menjadi platform utama untuk memajukan penyelesaian air lestari di Asia Tenggara, dengan lebih 1,000 peserta berdaftar.

Bertemakan ‘Penyelesaian Lestari untuk Keselamatan Air,’ BIWWEC 2024 mempromosikan strategi inovatif dan teknologi terkini untuk menangani isu mendesak seperti kekurangan air, perubahan iklim, dan infrastruktur yang uzur.

Persidangan yang diadakan merangkumi ucapan utama, pembentangan teknikal, perbincangan panel, dan pameran yang luas mengenai kemajuan terbaru dalam rawatan air dan air sisa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan