Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bengkel Protokol anjuran AZAM Sarawak diadakan pada 23 dan 24 Oktober di Pusat Inovasi Warisan Kreatif Kuching. Foto Sarawak Edition (FB)

AZAM anjur bengkel protokol, tingkat pembangunan profesional komuniti

ByWilly Jali

KUCHING, 23 Okt: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak baru-baru ini menganjurkan bengkel protokol bertujuan meningkatkan profesionalisme dan kemahiran berkaitan pengurusan acara dalam komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili berkata bengkel yang diadakan pada 23 hingga 24 Oktober di Pusat Inovasi Warisan Kreatif Kuching itu menekankan kepentingan profesionalisme dan perhatian terhadap perincian dalam pengurusan protokol.

“Menguasai protokol dan koordinasi acara adalah penting bagi mana-mana organisasi, terutamanya apabila menganjurkan acara-acara berprofil tinggi atau melibatkan tetamu kehormat.

“Ini memastikan kelancaran majlis, mengekalkan penghormatan terhadap tradisi dan meningkatkan imej penganjur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Inisiatif ini juga selaras dengan usaha AZAM untuk memperkasakan komuniti tempatan melalui komunikasi dan pembangunan kemahiran.

Bengkel yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Movement for Progress’ oleh AZAM turut melengkapkan para profesional dengan kemahiran penting untuk mematuhi protokol standard, memastikan kelancaran pelaksanaan acara, majlis rasmi dan fungsi awam.

Sehubungan itu, sesi tersebut dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman yang memiliki pengetahuan luas dalam pengurusan protokol, etika, dan koordinasi acara serta turut berkongsi kepakaran mereka bagi membantu peserta mengurus acara berprofil tinggi dengan berkesan.

Bengkel ini meliputi pelbagai topik penting termasuk pengurusan tetamu kenamaan, susunan tempat duduk, protokol bendera dan lagu kebangsaan, kod pakaian serta etika umum.

Tidak ketinggalan, para peserta juga terlibat dalam sesi interaktif dan latihan praktikal yang membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam senario sebenar.

Justeru, AZAM Sarawak optimis menawarkan bengkel dan latihan seumpama ini untuk pembangunan profesional dan komuniti selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Bengkel tersebut menarik lebih 60 orang peserta daripada pelbagai organisasi termasuk agensi kerajaan, badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk sebarang maklumat mengenai bengkel dan peluang latihan, orang ramai boleh menghubungi Sekretariat AZAM dalam talian 082411799 atau layari semua platform media AZAM Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan