Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuala Lumpur pada pukul 7.50 pagi tadi menerusi

Malaysia terima 200,000 vaksin dos tunggal CanSino

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Sebanyak 200,000 vaksin dos tunggal, CanSino selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul 7.50 pagi tadi menerusi penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dari Beijing, China.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bekalan vaksin yang diterima hari ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 3.5 juta dos vaksin berkenaan yang ditempah oleh Malaysia dengan penghantarannya dibuat secara berperingkat.

“Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu dan akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” jelas kenyataan itu.

Yang turut hadir untuk menyaksikan ketibaan vaksin berkenaan ialah Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir. Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Ketika ini, tiga jenis vaksin diberikan kepada rakyat negara ini iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca manakala  Johnson & Johnson juga telah mendapat kelulusan bersyarat.

Sementara itu, bekas Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Instagramnya berkata, ketibaan CanSino sangat membantu terutamanya di kawasan yang mempunyai akses rendah.

“Bekalan kumpulan pertama ini akan dihantar ke Sabah,” tulisnya. – TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan