Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep pada sidang media Pesta Tasik Biru 2024 di Bau, hari ini. Foto TVS

Pesta Tasik Biru 2024 rancakkan aktiviti ekonomi, perkasa budaya tempatan

BAU, 22 Okt: Pesta Tasik Biru 2024 adalah wadah terbaik untuk meningkatkan ekonomi warga selain memperkasa budaya tempatan di pekan ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT) Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.

Menurutnya, penganjuran kali ini pasti akan menyemarakkan lagi segmen jualan produk serta perkhidmatan oleh usahawan tempatan apabila ia dijangka dikunjungi lebih 10,000 pengunjung bermula 25 hingga 27 Oktober nanti.

“Kita memberi peluang kepada orang-ramai terutama warga tempatan untuk mengambil bahagian serta membuka gerai pada pesta kali ini untuk menjana pendapatan tambahan,” katanya pada sidang media Pesta Tasik Biru 2024 di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, terdapat lebih 50 gerai makanan, kraf tangan dan tapak pameran akan diadakan di sepanjang laluan utama dan persekitaran perkarangan Lobuh Bau yang menjadi tapak baharu Pesta Tasik Biru edisi ke-18 pada tahun ini.

Henry menambah, Pesta Tasik Biru 2024 turut menyajikan acara yang lebih menghiburkan berbanding edisi-edisi terdahulu dan ini termasuklah jualan makanan serta hasil produk tempatan, selain persembahan kebudayaan instrumen tradisi seperti paluan gong dan nyanyian oleh artis-artis tempatan.

Pesta Tasik Biru 2024 akan turut menyaksikan jelitawan-jelitawan berentap untuk merebut gelaran Miss Tasik Biru 2024 yang mana bukan hanya medan bagi beradu kecantikan, malah merupakan wadah dalam memperkenal serta memperkasakan budaya tradisi suku kaum Bidayuh di daerah ini.

Pesta edisi ke-18 ini merupakan anjuran bersama kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru serta kawasan sekitar Bau dan diketuai oleh Pejabat Daerah Bau dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan