Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis kini giat mengesan kesemua suspek yang bertindak memecah barangan dan membaling mercun bola hingga mengakibatkan kebakaran di sebuah premis hiburan di Jalan Stutong, Kuching, malam tadi.

Polis buru suspek kes khianat premis hiburan

KUCHING, 22 Okt: Pihak polis kini giat mengesan kesemua suspek yang bertindak memecah barangan dan membaling mercun bola hingga mengakibatkan kebakaran di sebuah premis hiburan di Jalan Stutong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam.

‘Siasatan awal yang dilakukan mendapati terdapat lima orang lelaki yang tidak dikenali telah memecahkan barangan di dalam premis tersebut menggunakan kayu.

‘Suspek turut bertindak membaling mercun bola hingga mengakibatkan kebakaran hingga menyebabkan kerugian lebih kurang RM97,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat menyebabkan kerugian).

“Kita meminta orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau di mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, ASP Joshua Masing Lugoh di talian 017-9542048.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang. tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan