Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden di kolam renang di BDC, Kuching malam tadi menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak. Foto Bomba

Insiden di kolam renang, seorang mangsa meninggal dunia ketika terima rawatan

KUCHING, 22 Okt: Seorang lelaki berumur 19 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas hampir lemas ketika mandi dalam kolam renang di kawasan BDC di sini pada malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 9.30 malam ketika menerima rawatan di zon merah HUS.

“Seorang lagi rakan mangsa lelaki berusia 32 tahun dapat diselamatkan dan sedang menerima rawatan di zon kuning  HUS.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Farhan meminta orang awam untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian ini dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Simon Renang di talian 016-8547803, Balai Polis Sekama di talian 082-332522  atau balai polis yang berhampiran .

“Orang ramai juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti air khasnya semasa di dalam kolam renang,” tegasnya.

Dalam kejadian malam tadi, dua lelaki hampir lemas ketika mandi di kolam renang dan berjaya diselamatkan orang awam dan pihak bomba.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 8 malam dengan menggerakkan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan bantuan EMRS Batu Lintang ke lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan