Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja tapak pembinaan maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan dalam pembinaan di Bayan Lepas semalam. Foto hiasan Envato

Pekerja kontrak maut jatuh dari tingkat lapan bangunan

ByTVS

GEORGE TOWN, 22 Okt: Seorang pekerja tapak pembinaan maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan dalam pembinaan di Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa warga asing maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, mangsa merupakan pekerja kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja mengecat dan memasang plaster.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat lapan semasa sedang melompat keluar dari kelengkapan akses gantung jenis sementara (gondola) ke tingkap di tingkat lapan sebelum jatuh ke bawah.

“Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihaknya mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta serta meminta majikan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan