Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Graduan dan pekerja tempatan mampu menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi tinggi. Foto: Envato

KESUMA komited pastikan graduan, pekerja punyai kemahiran teknologi tinggi

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah merangka pelbagai program termasuk latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan, Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT), Kursus Berfokuskan Industri 4.0, serta kerjasama strategik melalui Pusat Teknologi dan pembiayaan PTPK untuk pelatih kemahiran.

KESUMA dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya komited untuk memastikan graduan dan pekerja tempatan dilengkapi dengan kemahiran teknologi tinggi bagi menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Menerusi kenyataan sama, KESUMA berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan beberapa program latihan digital dan keselamatan seperti Program Digital Marketing, Program Drone Operation dan Program Safety and Health Officer di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.

“PERKESO turut menyediakan faedah insurans pekerjaan bagi membantu Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan melalui program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) dan setakat September 2024, seramai 3,005 peserta telah diberi kelulusan untuk mengikuti program ini dengan 75.94 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan,” katanya kenyataan itu.

Selain itu , HRD Corp juga turut memperkenalkan Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT) untuk melatih graduan dan individu menganggur dalam kemahiran kritikal dan telah membantu peserta menyesuaikan diri dengan keperluan majikan dengan seramai 1,617 pelatih telah memanfaatkan skim ini setakat 30 September 2024.

Bukan itu sahaja, KESUMA melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), turut menyediakan bantuan pembiayaan kepada pelatih yang mengikuti program kemahiran dalam sektor-sektor yang berkembang pesat dan mempunyai nilai tinggi (HGHV) yang menyediakan pensijilan kompetensi atau kelayakan ikhtisas sebagai nilai tambah kepada Skim Kemahiran Malaysia (SKM).

“Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, HRD Corp telah meluluskan RM30.54 juta bagi kursus yang berfokus kepada Industri 4.0 dan Teknologi Masa Depan yang telah memberi manfaat kepada 17,899 peserta yang bertujuan untuk melengkapkan tenaga kerja Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk masa kini dan masa hadapan,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan tersebut merujuk kepada jawapan lisan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Mohamad, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendedahkan bahawa 293,639 tenaga kerja telah kehilangan pekerjaan antara 2020 dan 27 September 2024.

Tujuh sektor yang paling terjejas adalah sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, ICT, penginapan, perkhidmatan makanan dan minuman, pembinaan, serta pengangkutan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan