Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia yang baharu ketika menyambut penyokongnya di sepanjang jalan Sudirman-Thamrin menghala ke Istana Presiden menggunakan kenderaan rasmi SUV 'Maung Garuda' buatan tempatan. Foto: Sekretariat Presiden

Prabowo guna Maung Garuda sebagai kenderaan rasmi

JAKARTA, 21 Okt: Selepas dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia kelapan, Prabowo Subianto menuju ke Istana Merdeka menggunakan SUV buatan Indonesia keluaran syarikat senjata milik negara, Pindad sebagai kereta presiden.

Prabowo menaiki MV3 Garuda atau ‘Maung Garuda’ berwarna putih selepas majlis angkat sumpah di bangunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) yang juga pertama kali kenderaan presiden itu diperkenalkan kepada umum lengkap dengan plat bertulis “Indonesia 1”.

Menurut pengarah syarikat Pindad, Abraham Mose, beliau berpuas hati apabila kereta MV3 Garuda Limousine hasil buatan mereka digunakan dalam detik bersejarah ini.

“Sudah tentu kami berbangga kerana kenderaan terbaharu kami yang ditempah khas oleh beliau digunakan sebaik sahaja beliau dilantik,” katanya.

Mose turut mendedahkan kereta itu telah direka dan diubah suai dengan spesifikasi mengikut pelan keselamatan yang sesuai untuk seorang ketua negara seperti dilengkapi pelekap senapang 7.62 mm, konsol senjata, peranti navigasi GPS, penjejak kenderaan dan peralatan lain.

SUV ini juga merupakan kenderaan taktikal ringan yang direka untuk menyokong operasi pertempuran jarak dekat dan merentasi rupa bumi yang sukar.

Kereta nasional itu turut berlalu bersama-sama Prabowo untuk menyambut orang ramai dan penyokongnya dalam perjalanan ke Istana. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan