Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Mohamad Ikmal Sama’ail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Bundong. Foto TVS

Jenazah empat mangsa perahu karam selamat dikebumikan

KUCHING, 20 Oktober: Jenazah empat mangsa perahu karam di Sungai Sarawak selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Bagaimanapun jenazah seorang lagi mangsa iaitu Majurie Maharuf dijangka dikebumikan selepas solat Subuh esok.

Ia susulan jenazah berkenaan dibawa ke kampungnya di Balingian, Mukah yang perjalanannya mengambil masa kira-kira 10 jam dari Kuching.

Jenazah Majuri diserahkan kepada warisnya sekitar jam 2.30 petang tadi dan dijangka tiba di Balingian sekitar tengah malam ini.

Jenazah pertama iaitu Mohammad Khairul Bidin diaerahkan kepada warisnya jam 1.30 tengah hari tadi dibawa ke tanah perkuburan Kampung Tambak Pusa bagi proses pengembumian.

Jenazah Mohammad Afiq Isyamudin Asaari pula diserahkan kepada warisnya pada jam 4.00 petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rengawan, Asajaya.

Manakala Jenazah Mohamad Ikmal Sama’ail pula diserahkan kepada ahli keluarganya jam 5 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan.

Jenazah terakhir iaitu Mohammad Khairul Hisyam Kasturi pula di serahkan kepada keluarganya pada jam 5.25 petang tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rebak, Kota Samarahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan