Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga cedera selepas sebuah pikap hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Engkala Krian, Saratok, hari ini Foto JBPM

Tiga cedera, pikap jatuh gaung di Saratok

SARATOK, 20 Okt: Tiga cedera selepas sebuah pikap hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Engkala Krian di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Yusuf Tamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.12 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap dipercayaian hilang kawalan lalu terbabas jatuh dalam gaung sedalam lima meter.

“Tiga mangsa seorang lelaki berusia 45 tahun dan dua wanita berusia 19 tahun dan 49 tahun yang cedera telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Nanga Budu sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba memeriksa kenderaan bagi memastikan tiada lagi mangsa dan seterusnya bergerak ke Klinik Kesihatan Nanga Budu mengambil maklumat mangsa,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan