Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Singapura bagi rangka lawatan kerja rasmi, bermula hari ini. Foto TVS

Premier Sarawak bakal sampai ucaptama di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura

ByIqbal Asraff Mohamad Yusuf

SINGAPURA, 20 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dijadual menyampaikan ucaptama pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2024, yang akan berlangsung pada 21 Oktober di Sands Expo and Convention Centre.

SIEW merupakan platform yang mengumpul pemimpin dan pakar tenaga dari seluruh dunia untuk membincangkan trend serta inovasi utama dalam sektor tenaga.

Penganjuran tahun ini dijangka menarik penyertaan besar dari pegawai kerajaan serta pemimpin industri.

Abang Johari yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sehingga 22 Oktober, turut dijadual menghadiri beberapa acara penting termasuk pertemuan bersama Menteri Perniagaan Scotland, Richard Lochhead dan perbincangan dengan Timbalan Menteri Tenaga Brunei Dato Seri Paduka Awang Mohamad Azmi Mohd Hanifah.

Abang Johari juga akan mengadakan beberapa pertemuan strategik antaranya dengan Menteri Kanan Singapura Teo Chee Hean dan Menteri Pendidikan Singapura Chan Chun Sing serta mesyuarat bersama Mitsubishi Heavy Industries Ltd.

Beliau dijadual berlepas pulang pada Selasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan