Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media sebelum meluangkan masa beramah mesra bersama pegawai dan staf perubatan yang dilantik secara kontrak bagi meningkatkan kesiagaan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membendung wabak COVID-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ismail Sabri selesai menghadap Agong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Ogos : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Beliau tiba menaiki bas kira-kira pukul 1.22 petang bersama kumpulan Ahli Parlimen UMNO dan kemudian memasuki perkarangan istana menerusi Pintu 2.

Dua jam kemudian, Ahli Parlimen Bera itu dilihat meninggalkan Istana Negara menaiki kenderaan pacuan empat roda dan sempat melambai kepada petugas media selepas menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan perkarangan Istana Negara kira -kira pukul 2.22 petang.

Sejak pukul 10 pagi tadi, Pintu 2 Istana Negara di Jalan Changkat Semantan sibuk apabila bas serta kenderaan persendirian yang membawa Ahli Politik memasuki Istana Negara tiba secara berperingkat.

Kumpulan wakil rakyat daripada UMNO, Bersatu, Pas, MCA dan MIC serta beberapa parti lain dari Sabah dan Sarawak dititahkan untuk menghadap Seri Paduka bagi memastikan sokongan sebenar mereka kepada wakil rakyat yang dipilih sebagai Perdana Menteri.

Majlis hari ini boleh dikatakan sebagai langkah permulaan untuk kumpulan wakil rakyat berkenaan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu selepas tumbangnya Perikatan Nasional (BN) ekoran pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas.

Muhyiddin yang ketika ini diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri caretaker difahamkan turut hadir di Istana Negara pada pukul 2.3 0 petang tadi namun masuk melalui pintu utama.

Seri Paduka dijangka akan mengadakan mesyuarat khas bersama Raja -Raja Melayu esok untuk membincangkan tentang perlantikan Perdana Menteri baharu sekaligus memberi bayangan krisis politik yang bermula sejak beberapa minggu lalu akan tamat.

Hari ini, Dewan Rakyat turut mengeluarkan kenyataan menafikan info grafik yang tular kononnya wakil Pakatan Harapan (PH) memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr Ong Kian Ming menerusi Twitternya mengesahkan beliau dan wakil rakyat parti itu tidak dipanggil untuk menghadap Seri Paduka pada hari ini. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Post navigation

Previous Post

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan