Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma pada 6.00 petang tadi hari ini atas undangan Kerajaan Indonesia untuk menghadiri Majlis Pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia.

PM Anwar hadir Majlis Pelantikan Presiden Indonesia esok

ByTVS

JAKARTA, 19 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Majlis Pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia kelapan dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden di Dewan Parlimen, Gedung Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Jakarta, pada esok, 20 Oktober.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma pada 6 petang tadi waktu tempatan hari ini.

Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin berkata lawatan Anwar kali ini melambangkan ikatan hubungan dua hala istimewa antara Malaysia dan Indonesia bersandarkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

“Ini adalah momen istimewa buat kedua-dua negara kita apabila selain memenuhi undangan kerajaan Indonesia, lawatan kerja Perdana Menteri akan mengukuhkan hubungan dua hala,” katanya kepada media di sini.

Beliau juga mendedahkan bahawa kehadiran Anwar di ibu negara Republik itu juga akan memperkukuh kerjasama kedua-dua negara ASEAN yang akan dipengerusikan Malaysia tahun depan.

Difahamkan Anwar serta delegasi dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas presiden terpilih tersebut.

Turut mengiringi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan