Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lagu baharu Lan Berambeh Anak Sarawak berjudul ‘ Anak Sarawak di Perantauan’ dilancarkan oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kuala Lumpur, malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Lagu tema Lan Berambeh berjudul ‘Anak Sarawak di Perantauan’ dilancarkan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini melancarkan lagu tema baharu program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) berjudul ‘Anak Sarawak di Perantauan’.

Lagu itu diterbitkan stesen televisyen wilayah pertama di Malaysia, TVSarawak (TVS).

Karya berkenaan dilancarkan pada majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak kali ke-15 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Turut hadir Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Lagu hasil ciptaan komposer Al Fikri Isnin dan lirik oleh Irwan Aton itu mengisahkan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang terus berkembang pesat dan memiliki rakyat berbilang kaum.

Penerbit lagu, Justine Jarop berkata antara instrumen yang digunakan dalam lagu tersebut ialah alat muzik tradisional seperti sape’, jatung utang, seruling buluh, gendang dan keromong.

Lagu nyanyian Elliza Suezina & Mawat itu menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Sarawak sebagai simbolik keharmonian dan kebersamaan rakyat Sarawak meskipun berada di perantauan.

Muzik video dan lirik lagu ‘Anak Sarawak di Perantauan’ akan disiarkan di laman sosial TVS dan Lan Berambeh Anak Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan