Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon PM: GPS selesai menghadap Agong

KUCHING: Ketua Whip GPS Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya mengesahkan seramai 17 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara maya bagi mengesahkan akuan bersumpah (SD) calon Perdana Menteri kesembilan. 

Turut serta adalah ahli parlimen bebas dari Lubok Antu Jugah Muyang.

Menurut Fadillah, seorang lagi Ahli Parlimen GPS iaitu Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang kini berada di Kuala Lumpur akan menghadap Agong di Istana Negara.

“Kami ada 18 orang tadi mengesahkan bahawa kita sudah memilih calon Perdana Menteri dan mengesahkan bahawa calon yang kita pilih ini atas rela hati daripada setiap ahli parlimen,” katanya.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung secara berperingkat dan dijangka selesai pada jam 5 petang Khamis. 

Terdahulu, pada pukul 4 petang Rabu, tempoh untuk Ahli-ahli Parlimen menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara telah tamat.

Notis itu yang dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada Isnin, adalah untuk membolehkan seorang daripada Ahli Parlimen yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri.

Ia susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan