KUCHING, 19 Okt: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.20 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan SUV.
“Seorang mangsa lelaki berusia 49-an masih berada di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – TVS