Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof melawat reruai Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Foto Muqri Aziz (TVS)

LBAS 2024 tampil kelainan dengan penglibatan banyak agensi kerajaan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) edisi ke-15 tahun ini yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menampilkan kelainan serta nafas baharu.

Dengan menghimpunkan anak Sarawak merantau sama ada bekerja atau belajar di Semenanjung Malaysia, LBS menjadi platform terbaik menyatukan mereka di bawah satu bumbung.

LBAS kali ini yang bertemakan ‘Memperkasa Ekonomi Baharu Sarawak, edisi kali ini berjaya menarik 6,500 anak Sarawak untuk hadir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, edisi kali ini melibatkan banyak reruai dan pameran daripada agensi Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Tahun ini ada peningkatan dari segi penglibatan terutama pameran daripada pelbagai sektor melibatkan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Pemain industri turut menawarkan pelbagai program seperti sesi temuduga dan tawaran kerja kepada mereka yang layak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan LBAS 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, kemuncak dan tumpuan anak Sarawak sudah pasti Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melibatkan pelajar universiti dan kolej.

“Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut hadir pada Majlis Makan Malam Lan Berambeh malam ini,” ujarnya.

Mengenai kemungkinan pengumuman berita baik, Fadillah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada Premier Sarawak.

“Yang itu, tanya Premier Sarawak nanti. Tunggu sama ada petang nanti semasa sesi bersama-sama Premier Sarawak atau malam ini,” jelasnya.

LBAS 2024 menyaksikan pelbagai program menarik dilangsungkan termasuk Sidang Siswa, Kenyalang Speaks, Career Talk, Sesi Kenyalang Career Initiatives, reruai makanan dan minuman serta reruai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan