Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun

ByBernama

TOKYO, 19 Okt: Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan pada Jumaat.

Pendedahan itu dibuat ketika Jepun berdepan kekurangan tenaga kerja akibat masyarakat yang semakin tua dan penurunan kadar kelahiran, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen, seramai 3,588,956 warga asing menetap di Jepun setakat akhir Jun, meningkat 177,964 daripada akhir 2023, dengan bilangan pekerja mahir tertentu melonjak 20.8 peratus kepada 251,747.

Visa untuk pekerja sedemikian diperkenalkan pada 2019, membolehkan mereka bekerja dalam industri yang ditetapkan tanpa memerlukan latihan. Jumlah pelatih di bawah program latihan teknikal Jepun meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada 425,714 orang.

Sementara itu, permastautin tetap yang membentuk kumpulan terbesar berdasarkan status kediaman, berjumlah 902,203 orang, meningkat 1.2 peratus. Jumlah ketibaan warga asing, termasuk pelancong, meningkat kepada 17,820,629 pada separuh pertama 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan