Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Idris Buang merakam gambar kenangan semasa Anugerah Tinta Kenyalang di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Bahasa Melayu boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa

KUCHING, 19 Oktober: Bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa melalui pertuturan dan tulisan.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Idris Buang berkata, Bahasa Melayu mencerminkan bangsa dan budi pekerti masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik secara bersama untuk menuturkan bahasa tersebut.

Menurutnya, karya yang disampaikam oleh pengkarya yang menggunakan Bahasa Melayu banyak menceritakan latar belakang kisah hidup etnik yang ada di Sarawak.

“Negara Malaysia boleh diketengahkan ke seluruh dunia menerusi bahasa kita dan juga mencerminian siapa kita, bangsa kita, budi pekerti, kehalusan kita, budaya kita dan prinsip hidup kita.

“Kita telah melihat anugerah yang diberi kepada penulis yang banyak cerita berlatar belakangkan kisah hidup etnik yang ada di Sarawak yang begitu kaya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Anugerah Tinta Kenyalang di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan Madani memperuntukkan RM50 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Ia termasuk mengalih bahasa karya agung, penganjuran teater dan memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan