Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi di Sungai Sarawak membabitkan insiden bot yang digunakan untuk menjalani latihan regatta, karam di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, Kuching, hari ini. Foto JBPM

5 dikhuatiri lemas, bot digunakan jalani latihan regata karam

KUCHING, 18 Okt: Lima dikhuatiri lemas selepas bot yang digunakan untuk menjalani latihan regata karam di Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa di sini, petang ini.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, Syamsyul Mustapha berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.20 petang dengan menggerakkan 13 anggota ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibat 15 orang peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata.

“Seramai 10 orang berjaya menyelamatkan diri dan lima orang masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba dan pihak polis marin masih berusaha mencari lima orang lagi mangsa yang belum dijumpai.

“Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba juga sudah dimaklum berhubung kes ini,” ujarnya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found