Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek ditahan polis untuk siasatan kerana mencederakan kakak kandungnya. Foto Polis Daerah Tawau

Gagal kawal emosi, adik lelaki belasah kakak kandung

TAWAU, 18 Okt: Akibat gagal mengawal perasaan, seorang lelaki ditahan selepas membelasah kakaknya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Batu 15, Jalan Apas Balung, di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan mengalami kecederaan bengkak dan lebam di pipi selepas ditumbuk oleh adik kandungnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan awal, pertengkaran antara dua beradik itu berlaku selepas mereka berbalah mengenai isu peribadi.

Menurutnya, kejadian bertukar menjadi luar kawalan apabila suspek yang berusia 30 tahun bertindak menumbuk kakaknya sendiri.

“Mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam di bahagian pipi akibat ditumbuk oleh adiknya iaitu suspek.

“Susulan itu, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Tawau pada jam 9.45 malam, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmin berkata, siasatan masih diteruskan dan ia adalah kes konflik keluarga.

Bagaimanapun katanya, pihak polis sedang meneliti faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A akta sama kerana mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Jasmin menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri ketika menghadapi tekanan atau pertengkaran.

Katanya, masyarakat sebaliknya perlu mendapatkan bantuan atau kaunseling untuk mencari penyelesaian terbaik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan