Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 565 orang penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Long Bemang, Miri. Foto JBPM

565 penduduk Kampung Long Bemang terjejas banjir sejak Rabu

MIRI, 18 Okt: Seramai 565 orang penduduk yang mendiami 103 pintu rumah panjang Kampung Long Bemang, Ulu Baram terjejas akibat banjir sejak Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, berdasarkan laporan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang mendapati trend air terus menaik.

“Paras air mencecah 1.3 kaki pada jam 7.20 pagi tadi. Bagaimanapun, cuaca dalam keadaan mendung.

“Kawasan ini mula dilanda banjir sejak jam 5 petang Rabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PGO mendedahkan pemantauan dilakukan oleh PBS Long Bemang melaporkan tiada perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan.

“Penduduk yang terjejas berpindah ke tingkas atas rumah masing-masing,” ujarnya.

Difahamkan bekalan elektrik telah diputus dikawasan terjejas banjir oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan