Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota penguatkuasa Pejabat Perikanan Negeri Pulai Pinang menyita ikan yang dilarang penjualannya, namun dijual di sebuah kedai ikan perhiasan di Nibong Tebal dekat sini semalam. Foto TVS

Alligator gar antara 50 ekor ikan hiasan larangan dirampas

GEORGE TOWN, 18 Okt: Sebanyak 50 ekor spesis ikan larangan dirampas Jabatan Perikanan Malaysia di sini dalam serbuan di beberapa buah kedai ikan perhiasan di sekitar Nibong Tebal di sini, pada Khamis.

Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Zarina Zainuddin berkata, rampasan melibatkan tiga ekor ikan alligator gar, sembilan ekor udang kara cherax, 11 ekor ikan dari genus Geophagus, lapan ekor ikan pacu, empat ekor ikan peacock bass, dua ekor ikan dari keluarga Pimelodidae dan 13 ekor ikan flowerhorn yang keseluruhannya bernilai RM8,800.

Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas larangan penjualan beberapa spesies ikan hiasan yang ditakrif sebagai mengancam ekosistem hidupan negara tidak dihiraukan oleh sebilangan pengusaha ikan akuarium di negeri ini.

“Spesies ikan tersebut dilarang untuk mengimport, menjual, memelihara, mempamer mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb., Bagi Ikan) 1990 (Pindaan 2024) tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Rampasan dibuat selepas advokasi dan penerangan tentang peraturan ini dilaksanakan sejak 2021, namun ada pengusaha yang ingkar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Zarina, usaha penguatkuasaan itu dibuat pihaknya sebagai usaha dalam menjamin kelestarian sungai di negara ini.

“Kita mahu menjaga ekosistem sungai dan habitat ikan di perairan supaya keaslian spesies yang ada di sungai-sungai kita tidak terancam kerana ikan larangan ini bersifat dominan.

“Orang awam yang tidak mampu membela ikan tersebut juga diminta tidak menjadikan sungai sebagai tempat untuk melepaskannya, sebaliknya boleh tampil secara sukarela ke Jabatan Perikanan untuk tujuan pelupusan,” katanya lagi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan