KUCHING, 17 Okt: Seramai 1,000 delegasi dari seluruh dunia bakal bersidang di Borneo International Water and Wastewater Exhibition and Conference 2024 (BIWWEC) di Bandaraya ini, minggu depan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata BIWWEC akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching di sini.
Menurutnya perisdangan itu merupakan landasan bagi perbincangan berkenaan isu air sedunia selain peserta berpeluang memberikan pandangan bagaimana pengurusan air di kawasan masing-masing.
Julaihi menambah persidangan tersebut akan menjadi platform penting untuk kerjasama yang menawarkan peluang untuk meneroka penyelesaian baru dalam sektor pengurusan air.
“Persidangan tersebut dijangka telah menarik kira-kira 1,000 delegasi yang akan terlibat berkongsi pengetahuan dan membentuk perkongsian baharu.
“Ia akan menjadi platform penting untuk kerjasama yang menawarkan peluang untuk meneroka penyelesaian baru muncul dalam sektor pengurusan air,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media Borneo International Water and Wastewater Exhibition and Conference 2024 (BIWWEC) di Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di Kuching pada Khamis.
Seramai 60 speaker dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam sesi perkongsian ilmu semasa persidangan itu nanti. -TVS