Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil MSC Trustgate dan SAINS Sarawak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di IDECS 2024, bertujuan memperkukuhkan keselamatan data dan ekosistem digital di Sarawak.

Kerjasama MSC Trustgate, SAINS perkukuh keselamatan siber Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSC Trustgate dan SAINS Sarawak pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 merupakan sepakat membangunkan perlindungan data dan keselamatan siber di Sarawak.

Beliau turut memuji komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan keupayaan digital Sarawak selain turut menegaskan pentingnya kerjasama strategik dalam merealisasikan aspirasi digital wilayah ini.

“IDECS 2024 menjadi platform penting bagi perbincangan dan kerjasama antara pemain utama dalam ekonomi digital untuk berkongsi pandangan serta strategi pertumbuhan masa hadapan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSC Trustgate, Lo Nyan Tjing berkata kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem digital Sarawak dengan mempromosikan tandatangan digital yang selamat, perlindungan data, serta perkhidmatan keselamatan siber yang ditingkatkan.

“Pemeteraian MoU ini merupakan satu pencapaian besar bagi kedua-dua pihak, MSC Trustgate dan SAINS Sarawak. Kami berhasrat untuk meningkatkan kepercayaan digital dan keselamatan dalam ekonomi digital Sarawak, memastikan perniagaan dan agensi kerajaan dapat beroperasi dengan yakin dalam persekitaran digital yang selamat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, MoU ini turut menyokong visi strategik Sarawak untuk memperkukuhkan infrastruktur digital negeri, menjadikan Sarawak sebagai hab transaksi digital yang selamat bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Sarawak, Busiai Seman, menekankan manfaat jangka panjang daripada kerjasama ini, khususnya dalam membangunkan bakat tempatan dalam penyelesaian Pihak Berkuasa Sijil (Certificate Authority).

“Faedah utama daripada kerjasama ini termasuklah membangunkan bakat tempatan dalam penyelesaian Pihak Berkuasa Sijil. Ini akan menyediakan lebih banyak fleksibiliti dan pilihan pada masa akan datang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan