Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nik Nazmi Nik Ahmad semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini,hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Kementerian Sumber Asli kenal pasti plastik sekali guna untuk penghapusan secara bersasar

ByZhahrulniza

Kuala Lumpur, 17 Okt:  Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang mengenal pasti dan menyusun senarai plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan, serta boleh dielakkan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penghapusan dan pengurangan plastik ini akan dilaksanakan secara bersasar bagi mencapai matlamat sifar plastik sekali guna.

“Namun, penghapusan plastik sekali guna menghadapi cabaran kerana kekangan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan, negeri, dan tempatan.

“Hanya beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Johor telah mengenakan caj penggunaan beg plastik sekali guna, sementara banyak negeri lain belum melaksanakan dasar bebas plastik sepenuhnya,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini,hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Kluan Wong Shu Qi mengenai sama ada Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 telah mencapai sasaran atau tidak.

Pada masa sama katanya, kerajaan berhasrat untuk melaksanakan kitaran plastik secara menyeluruh dengan memperkenalkan konsep ekonomi kitaran (circular economy) dalam rantaian pengurusan plastik melalui Kerangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 (MPSR).

Menurut beliau, langkah ini diyakini mampu memastikan plastik yang dihasilkan adalah boleh dikitar semula, sekaligus mengurangkan jumlah sisa plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah.

“Bagi memastikan pembuatan plastik lebih lestari, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam turut bekerjasama dengan SIRIM untuk melaksanakan inisiatif reka bentuk lestari (eco-design),” jelasnya.

Sehubungan itu, kementeriannya akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan berusaha memperbaiki pengurusan plastik secara berterusan dan lestari.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan