Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Foto fail AFP

Jimmy Carter tunai hasrat mengundi pada usia 100 tahun

ByBernama

WASHINGTON, 17 Okt: Jimmy Carter, bekas presiden Amerika Syarikat tertua dan satu-satunya bekas presiden yang mencapai usia 100 tahun, menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi pemilihan presiden pada Rabu, di negeri kelahirannya Georgia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kertas undi Carter dimasukkan dalam peti surat yang terletak di mahkamah di bandar Americus, sebahagian media Amerika melaporkan dengan memetik Carter Centre. Bekas presiden itu memberitahu keluarganya bahawa dia lebih berminat untuk mengundi Naib Presiden Kamala Harris, calon Demokrat, daripada meraikan hari lahirnya yang ke-100, menurut Atlanta Journal-Constitution.

Carter, yang tidak begitu sihat berkata hasrat terakhirnya adalah untuk memilih Harris pada pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada 5 Nov.

Pengundian awal bermula di Georgia pada Selasa dengan jumlah kehadiran yang mencatatkan rekod pada hari pertama, menurut pegawai pilihan raya.

Carter menyambut ulang tahun yang ke-100 pada 1 Okt. Kira-kira setahun setengah yang lalu, beliau menghentikan rawatan perubatan selepas beberapa kali dimasukkan ke hospital dan kemudian menjalani penjagaan hospis.

Harris sedang bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Parti Republik, bekas presiden Donald Trump. Presiden AS Joe Biden memenangi pilihan raya di Georgia pada 2020 dengan kelebihan kurang daripada 12,000 undi.

Georgia adalah satu daripada beberapa negeri swing yang dianggap penting oleh pemerhati politik dalam pemilihan presiden ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan