Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan memaklumkan keadaan semasa anggota dan Pasukan Battalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang sedang bertugas di Lubnan dilaporkan masih terkawal. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Keselamatan pasukan MALBATT 850-11 di Lubnan terkawal

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Keadaan semasa anggota dan Pasukan Battalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang sedang bertugas di Lubnan dilaporkan masih terkawal dan selamat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan tahap keselamatan pasukan pengaman ini juga berada dalam keadaan baik, tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan aset di kawasan yang dijaga oleh pasukan Malaysia sepanjang konflik yang berlaku antara Hizbullah dan Israel di negara tersebut.

“Semua pasukan di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan, telah diarahkan untuk menghentikan operasi rondaan serta pergerakan logistik. Mereka diminta kekal di penempatan masing-masing bagi menjamin keselamatan anggota.

“Bagi melindungi para petugas, Markas UNIFIL turut mengaktifkan prosedur perlindungan di dalam kubu sehingga keadaan lebih terkawal. Langkah ini diambil mengikut protokol keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa PBB,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan, Kementerian Pertahanan Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di selatan Lubnan dengan teliti.

Katanya, sebarang perkembangan mengenai keselamatan dan operasi pasukan MALBATT 850-11 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

“Perkembangan terkini ini selari dengan kenyataan media yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2024, di mana pihak kerajaan memberi jaminan keselamatan terhadap anggota pasukan pengaman Malaysia yang berada di bawah misi UNIFIL,” katanya

Selain Malaysia, sebanyak 50 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyertai misi UNIFIL dengan jumlah anggota dan pegawai keseluruhan seramai 10,058 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan