Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto TVS

Hubungan pertahanan Malaysia-Jerman diharap terus diperkukuh

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Jerman terus dieratkan di masa hadapan.

Berucap semasa melakukan lawatan ke kapal frigat Tentera Laut Jerman FGS Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, FGS Frankfurt am Main yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang, Mohamed Khaled berkata kedua-dua negara mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan dan berharap Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jerman dapat menggunakan peluang itu untuk mengeratkan hubungan.

“Saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai persinggahan dalam German Air Force’s 2024 Asia-Pacific Tour,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Mohamed Khaled juga berharap kerjasama pertahanan Malaysia dan Jerman yang baik diperkukuhkan termasuk melalui penglibatan lebih banyak syarikat Jerman semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi dan inisiatif Enable and Enhance (E&E) pada tahun hadapan.

Turut hadir semasa lawatan berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan