KUCHING: Hanya satu nama dikemukakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri.
Menurut Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pemilihannya dibuat secara sebulat suara oleh pemimpin GPS.
Bagaimanapun, Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak enggan mendedahkan nama calon calon berkenaan.
“Biar Yang di-Pertuan Agong umum dan saya tidak boleh mendahului beliau untuk mengumumkannya,” katanya selepas menghadiri perjumpaan khas bersama pemimpin-pemimpin GPS di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).
Berhubung sama ada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menghubungi GPS berkaitan sokongan, kata Abang Johari, ia tidak berlaku.
Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan semua anggota Dewan Rakyat agar membuat surat akuan kepada Istana Negara dan mencadangkan nama calon untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri kesembilan.
Ikuti TVS di Telegram, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan YouTube.