Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata pertumbuhan industri utama perlu dirancak bagi memastikan pewujudan pekerjaan mahir dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri serta peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Pertumbuhan industri utama negara dirancakkan, penuhi keperluan industri

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Kerajaan komited dalam mweujudkan peluang pekerjaan mahir untuk diisi oleh bakat tempatan.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib berkata pertumbuhan industri utama perlu dirancak bagi memastikan pewujudan pekerjaan mahir dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri serta peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan.

Sehubungan itu, kerajaan telah merancana pelbagai keperluan kepada industri strategik dan berimpak tinggi (high growth high value).

“Kerajaan mensasarkan sebanyak 30,000 pewujudan peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa, 6,000 dalam industri logistik dan 2,844 dalam perkhidmatan global.

“Pada April 2024, Kerajaan telah meluncurkan Pelan Tindakan KL20 bagi mewujudkan ekosistem syarikat pemula yang berdaya saing serta mengukuhkan jaringan kolaborasi dengan pelabur berpotensi dari dalam dan luar negara,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, inisiatif berkenaan dijangka berupaya memposisikan Kuala Lumpur di kedudukan 20 teratas dalam ekosistem syarikat pemula global menjelang 2030 dan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mahir kepada bakat tempatan.

Selain itu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) mengunjurkan 310,000 penciptaan pekerjaan menjelang tahun 2050 merentasi enam pemacu peralihan tenaga yang menggariskan inisiatif pembangunan kapasiti melalui pembangunan taksonomi kemahiran hijau, program reskill dan upskill serta kerjasama strategik bersama universiti tempatan dalam bidang peralihan tenaga.

“Kerajaan turut menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital terutamanya saintis data bagi industri pusat data yang akan menyokong pelaburan oleh penyedia perkhidmatan awan utama seperti Amazon Web Services, Microsoft, Nvidia dan Google.

“Pembangunan pusat data akan menghasilkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan trend semasa dapat dioptimumkan dan pasaran pekerjaan yang lebih mampan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Paya Besar Dato Mohd Shahar Abdullah meminta Menteri Ekonomi nyatakan bagaimana kerajaan merancang untuk merangsang pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi bagi menyerap peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan dan memastikan peluang pekerjaan yang mapan untuk generasi akan datang.

Sehubungan itu, Hanifah percaya pelaksanaan pelbagai strategi dan inisiatif yang disebutkan akan memangkin pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada individu berkelulusan tinggi.

“Ini akan memastikan sasaran komposisi pekerjaan mahir mencapai 35 peratus pada tahun 2025 selaras dengan aspirasi mencapai negara berpendapatan tinggi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan