Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi memastikan peralatan tangkapan yang digunakan tidak menjejaskan ekosistem perikanan, DOF telah menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 berkuat kuasa 1 Mei 2024. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KPKM, DOF perincikan pindaan Akta Perikanan 1985, tingkat kadar hukuman aktiviti pencerobohan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) kini sedang memperincikan dalam proses pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317) untuk meningkatkan kadar hukuman agar lebih deterrent bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang menjalankan aktiviti pencerobohan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi memastikan peralatan tangkapan yang digunakan tidak menjejaskan ekosistem perikanan, DOF telah menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 berkuat kuasa 1 Mei 2024.

“Selain itu, pelan transformasi pukat tunda di Zon B juga telah dilaksanakan bagi mengelak sumber perikanan daripada dieksploitasi secara berlebihan.

“Tukun tiruan dilabuhkan di kawasan yang tidak dibenarkan menunda iaitu di bawah lima (5) batu nautika bagi menghalang pencerobohan pukat tunda dan DOF telah menawarkan pinjaman mudah di bawah Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan bagi membolehkan vesel diubah suai atau dinaik taraf supaya dapat beroperasi di Zon C,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodi meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bagaimana KPKM memastikan penangkapan ikan air laut di perairan negara secara berlebihan (overfishing) dikawal terutama di kawasan perairan yang terancam akibat aktiviti itu.

Menurutnya lagi, pengeluaran lesen laut pantai hanya dikeluarkan berdasarkan baki stok ikan dan keperluan semasa bagi mengawal bilangan vesel penangkapan ikan yang beroperasi di laut.

Dalam konteks di perairan Sarawak, Mohamad berkata DOF dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) sentiasa melaksanakan pemantauan, pengawalan dan pengawasan bagi memastikan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dapat dikawal supaya tidak dieksploitasi secara berlebihan melibatkan agensi-agensi penguatkuasa seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan