MARUDI, 14 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi tidak ketinggalan dalam menjalankan progran Sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN).
Bagi Peringkat IPD Marudi program tersebut disempurnakan Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil.
Turut hadir sama Pengerusi PERKEP IPD Marudi, Asmawati Alias.
Acara HSN Peringkat IPD Marudi diserikan dengan senaman aerobik dipimpin Persatuan Pendidikan Jasmani dan Rekreasi Marudi.
Nor Aizan berkata, program yang dianjurkan ini adalah amat baik untuk warga polis mengamalkan gaya hidup sihat.
“Aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada setiap pegawai kanan, anggota dan pegawai awam serta keluarga PERKEP mengenai kepentingan senaman dalam walaupun sibuk dengan tugas seharian,” katanya.-TVS