Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 21 Jun -- Seorang penerima vaksin Orang Kurang Upaya (OKU) dtenangkan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan PPR Ulu Pudu hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Program vaksin dan kawalan pandemik berjalan lancar – KKM , MOSTI

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang diterajui secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) memaklumkan bahawa semua usaha pengawalan pandemik dan program vaksinasi negara yang sedang dilaksanakan berjalan lancar.

Menerusi kenyataan media , KKM memaklumkan akan terus melaksanakan langkah-langkah strategik yang telah dirancang bagi mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan dan rawatan kesihatan awam di seluruh negara ketika pandemik COVID-19 masih menjadi ancaman.

“Di Lembah Klang, Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKVSTF) meneruskan fokus kepada usaha logistik, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan pemantauan kendiri di rumah bagi memastikan sistem sokongan sosial bagi petugas barisan hadapan di Lembah Klang terus berfungsi dengan baik,” jelas kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, KKM menjelaskan pihaknya telah melaksanakan perolehan pelbagai jenis vaksin COVID-19 antaranya Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan Cansino.

“Sehingga 16 Ogos 2021, sejumlah 33,879,979 dos telah dibekalkan untuk tujuan pemvaksinan. Dalam hal ini, perolehan dan sumbangan vaksin COVID-19 ini dapat membantu untuk mencapai sasaran imuniti kelompok di Malaysia,” kata kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, MOSTI dan KKM menjelaskan bahawa vaksin COVID-19 sangat berkesan terutamanya untuk mencegah jangkitan virus berkenaan.

“Berdasarkan data, daripada 19,740 kes baharu yang dilaporkan pada 16 Ogos lalu, hanya 1.5 peratus kes berada pada kategori tiga hingga lima iaitu mereka yang memerlukan rawatan rapi disebabkan jangkitan paru-paru yang memerlukan oksigen dan ventilator. Majoriti kes harian iaitu 85.13 peratus adalah kes kategori satu dan dua yang tidak bergejala atau bergejala ringan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan