Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah berjaya menahan enam suspek dalam tempoh kurang 24 jam dipercayai terlibat melontar bom api dan bahan bakar di rumah seorang ahli perniagaan di Bintulu, semalam. Foto IPD Bintulu

6 suspek dipercayai lontar bom api di rumah ahli perniagaan di Bintulu diberkas

BINTULU, 13 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah berjaya menangkap enam suspek dalam tempoh kurang 24 jam dipercayai terlibat melontar bom api dan bahan bakar di rumah seorang ahli perniagaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali mengesahkan kejadian video di media sosial berdurasi 1 minit 33 saat itu berlaku di Bintulu.

Menurutnya, penelitian pada Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) tersebut memaparkan tiga individu berpakaian serba hitam keluar dari sebuah kenderaan dan melemparkan sesuatu ke sebuah rumah sehingga menghasil bunyi kuat dan api.

“Susulan kejadian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Bintulu telah melancarkan Operasi Khas untuk mengesan dan menjejaki suspek.

“Bertindak atas maklumat, sekitar jam 4.11 petang semalam enam orang suspek ditahan dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan telah merampas kenderaan, beberapa unit telefon bimbit serta pakaian suspek untuk siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan ke atas rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai 15 rekod pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek akan dipohon reman dan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram,” ujarnya.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan ke atas individu atau kumpulan yang cuba membangkitkan isu-isu sensitif.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lai Mei Ching di talian 014-8763824 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan