Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pengurusan BME International Sdn Bhd, Steven Au ketika ditemui TVS di Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 di Kuching, semalam. Foto Faitullah Morni (TVS)

BSMF bakal diadakan pada skala kecil di luar Kuching

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Okt: BME International (Malaysia) Sdn Bhd memberi bayangan Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 mungkin akan melebarkan sayapnya ke luar Kuching.

Pengarah Pengurusannya yang merangkap pengasas festival itu, Steven Au berkata, pihaknya kini melihat kepada potensi untuk mengadakan beberapa siri festival muzik itu pada skala lebih kecil di beberapa kawasan terpilih di kepulauan Borneo ini.

Katanya, BSMF mini itu akan menjadi acara pra-festival kepada BSMF yang utama di sini.

“Setakat ini kami sedang meneroka potensi Miri dan Sabah. Ia akan menjadi acara pra-festival sebelum acara utama yang mana kita boleh menganjurkannya mungkin di bulan Ogos atau April dan kemudian yang utama pada bulan Oktober,” katanya kepada TVS ketika ditemui di Stadium Sarawak, Kuching semalam.

Apabila ditanya berkenaan postensi BSMF diadakan pada tahun 2025, Steven mendedahkan bahawa pihaknya kini sudah dalam proses perancangan bagi festival itu.

“Pada masa ini kami telah mengenal pasti beberapa artis untuk dijemput tetapi ia hanya secara lisan. Kami mahu kekalkan suasana festival muzik ini oleh itu kami menghabiskan masa merancang pelbagai aktiviti yang menyeronokkan,” ujarnya.

Selain itu, pelbagai aktiviti permainan akan turut dirancang sebagai tambahan menarik kepada BSMF edisi akan datang, tambah Steven.

BSMF merupakan festival muzik yang menjemput pelbagai barisan artis tempatan dan antarabangsa seperti Yuna, Judika, Rain, Jessi dan ramai lagi.

Tahun ini festival itu diadakan selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober di Stadium Sarawak di sini.

Pada hari pertama festival itu menerima kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung manakala seramai 20,000 orang pada hari kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan