Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak Aziz Abdul Rahman semasa berucap di Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Ahli 246 Komunti Madani berkumpul di Kuching

KUCHING, 12 Oktober: Karnival Kita Madani dan Pemukiman Komuniti Madani Seluruh Sarawak bakal dianjurkan pada 9 dan 10 November 2024 bertempat di Penview Convention Centre (PCC) Demak.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak Aziz Abdul Rahman berkata, acara tersebut bakal melibatkan keseluruhan 246 Komuniti Madani daripada kesemua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

Menurutnya, beliau berharap semua komuniti madani dapat menghantar peserta bagi memeriahkan program selama dua hari tersebut yang turut menyaksikan acara penyerahan watikah.

“Kita juga akan mengadakan program Pemukiman Komuniti dan Karnival Kita Madani Yang melibatkan lebih 200
Komuniti Madani Sarawak yang akan berkumpul di PCC Demak pada 9 dan 10 November.

“Kita berharap Komuniti Madani menghantar peserta untuk memeriahkan sambutan karnival ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijangka hadir sebagai tetamu kehormat dalam program tersebut.

Jelasnya, aktiviti seperti sesi townhall bakal diadakan melibatkan menteri bersama ahli komuniti yang hadir kelak. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found