BINTULU, 12 Okt: Satu blok rumah pekerja ladang kelapa sawit di Jelalong 3 Estate di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Komander Operasi, Mazlan Tanin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.34 pagi tadi dengan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja lima pintu struktur tidak kekal.
“Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan mangsa kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, ladang berkenaan terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandar Bintulu, laluan ke lokasi kejadian menggunakan jalan balak Ulu Tubau Bintulu.- TVS