Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cuaca mendung dan hujan iringi pengebumian mendiang Nesly

SIBU, 18 OGOS: Cuaca mendung dan hujan renyai bagai mengiringi upacara pengebumian jenazah mendiang Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau, 27, yang selamat dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana sekitar pagi tadi.

Jasad mendiang tiba pada jam 8.50 pagi diringi pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan selamat disemadikan sekitar jam 9.15 pagi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi upacara tersebut yang diuruskan oleh Pengkalan Udara Kuching dengan bantuan pihak hospital serta pihak pengurusan Taman Peringatan Nirvana, Sibu.

Sepanjang pengebumian berlangsung, isteri mendiang serta ahli keluarga kelihatan sayu tidak dapat menahan sedih.

Sejurus dikebumikan, isteri mendiang, Jessica Cletus meluahkan rasa sedihnya kerana terlalu awal ditinggalkan suami tercinta ketika masih bertugas di Sabah.

Ujarnya, Taman Peringatan Nirvana dipilih sebagai lokasi pengebumian untuk memudahkan keluarga dari kedua belah pihak di Sarikei dan Kanowit datang untuk melawat.

“Mestilah saya sedih sebab saya belum sempat lagi menghabiskan masa bersamanya dan baru nak masuk tiga tahun berkahwin dan masih belum semput ada anak.

“Saya pula bertugas di Tawau, Sabah dan dia di Sarawak. Tempat ini dipilih sebab saya berasal dari Sarikei, dia pun dari Kanowit jadi macam Sibu ni mudah untuk dilawat dari kedua-dua belah pihak keluarga,” kata Jessica.

Mendiang Nesly adalah antara empat anggota TUDM yang terkorban dalam insiden tembakan pada 7.15 pagi JUmaat lalu (13 Ogos) di TUDM Kota Samarahan, Kuching.

Turut terkorban dalam insiden itu ialah Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Koperal Udara Ho Swee Boon dan Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli.

Terdahulu, jasad mendiang Nesly dibawa ke kediaman isterinya di Sarikei pada Ahad untuk penghormatan terakhir daripada ahli keluarga.

Sekitar 50 orang termasuk ahli keluarga dan pegawai TUDM menghadiri upacara pengebumian tersebut yang diadakan mengikut istiadat pengebumian pegawai TUDM.

Turut hadir, Komander Pangkalan Tudm Kuching, Kolonal Mohd Azuan Bohari yang menyerahkan Jalur Gemilang kepada Jessica pada penghujung upacara pengebumian berkenaan.

Komander Pangkalan Tudm Kuching; Kolonal Mohd Azuan Bohari menyerahkan Jalur Gemilang kepada balu Nesly Nabau, Jessica Cletus

Dalam pada itu, TUDM akan memastikan kebajikan dan keperluan waris mendiang, Jessica Cletus terus terjaga walaupun telah selesai pengebumian.

Jessica layak menerima wang persaraan mendiang sepanjang hayat.

“Pada amnya, kita akan jaga kebajikan daripada permulaan kita menguruskan keperluan dia orang lah, tidak kira pengurusan sampai lah pengebumian dan selepas pengebumian pun kami akan membantu di mana yang memerlukan daripada pihak kami lah untuk memudahkan urusan mereka

“Jessica juga layak menerima pencen mendiang sepanjang hayat,” kata Leftenan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuching Leftenan Jesslin Tan Ai May.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan